Undang-undang jenayah baharu Indonesia yang mengharamkan seks luar nikah serta membendung kritikan bebas dikhuatiri menjejaskan sektor pelancongan dan perniagaan di negara itu.
Pelancong dan pengusaha yang ditemui di Bali menyatakan kegusaran terhadap undang-undang berkenaan, ketika pulau peranginan itu mula bangkit susulan pandemik COVID-19.